KUALA TERENGGANU – “Sepatutnya dua hari lepas
dia sudah balik kampung tapi dia tangguhkan,” kata bapa kepada Penolong Kanan
Pentadbir Tanah Wan Hariff Rafany Wan Muda yang ditemui mati di
Sungai Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.
Wan Muda Wan Ibrahim, 64, berkata, anak kedua
daripada lapan beradik itu sepatutnya pulang ke Besut Sabtu lepas, namun dia
menangguhkan hasrat itu kerana hendak menghadiri kenduri di sini.
Katanya, kali terakhir beliau berjumpa anaknya
yang bertugas di sini, beberapa hari sebelum arwah dilaporkan hilang.
“Masa tu saya tengok dia macam biasa
sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun baik dari segi sikap dan perwatakan.
“Tak sangka itu kali terakhir saya berjumpa
dengannya,” katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah
Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Beliau menyifatkan anaknya itu seorang yang
pendiam namun mesra dengan adik-beradiknya yang lain.
Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui oleh
sekumpulan remaja yang sedang memancing di sungai itu kira-kira pukul 10.30
pagi.
Allahyarham sebelum itu dilaporkan
hilang dari rumah oleh isterinya kira-kira pukul 6 pagi Sabtu sebelum
kereta Audi A4 milik mangsa dijumpai kira-kira 9.30 malam hari yang sama di
hadapan loji air Syarikat Air Terengganu (Satu) di Kampung Gaung, Kuala Berang,
Hulu Terengganu.
Mengulas lanjut mengenai peribadi anaknya yang
telah berkhidmat di pejabat tanah daerah selama hampir sembilan tahun termasuk
beberapa daerah lain, Wan Muda berkata, beliau yakin anaknya itu tidak bermusuh
dengan sesiapa.
“Anak saya ini memang suka senyum tapi dia tak
banyak cakap. Saya tahu kejadian ini pun selepas dimaklumkan oleh seorang
rakannya kira-kira 11 pagi tadi,” katanya yang redha dengan pemergian
arwah.
Wan Hariff Rafany yang berasal dari Kampung
Raja, Besut menetap di Kuala Ibai, di sini bersama isterinya, seorang guru di
sebuah sekolah di Marang.
Arwah meninggalkan dua cahaya mata – Wan Iman
Nasyriq, 4, dan Wan Nor Sofea Hanna, 6, di samping isteri.
Polis masih menunggu laporan bedah siasat. –
Bernama
Kronologi Kematian Wan Hariff Rafany Wan Muda
di Sungai Kampung Tajin Kuala Berang (ADO Kuala Terengganu)
- 14 Februari 2014: Keluarga mangsa kepada Wan Hariff Rafany membuat laporan polis selepas mendapati Wan Hariff Rafany Wan Muda gagal dihubungi
- 15 Februari 2014: Selepas siasatan dilakukan, berhampiran dengan Loji Air Syarikat Air Terengganu Berhad, pihak polis telah terjumpa kereta Audi milik Wan Hariff Rafany
- 17 Februari 2014: Orang awam telah terjumpa Mayat Wan Hariff Rafany di sungai Kampung Tajin Kuala Berang.
Punca kematian masih misteri sehingga ke hari
ini. Dan pihak polis terus melakukan siasatan…
Sumber : Berita Semasa
0 Response to "[ Berita ] Pegawai Daerah Hilang Ditemui Mati Di Sungai"
Post a Comment