Ayah Emma Maembong Mula Siasat Identiti Zizan Razak


Bukan sesuatu yang memeranjatkan apabila pelakon Emma Maembong akhirnya mengaku kepada pihak media bahawa benar yang dia bercinta dengan pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak, seperti yang didakwa sebelum ini.



Ayah Emma Maembong siasat identiti Zizan Razak, hiburan, info, pelakon, gossip,



Bertemu Emma pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Maixara di Menara Kuala Lumpur semalam, aktres kacukan Melayu-Scotland ini berkata, selama ini dia bukan sengaja merahsiakan perhubungan tersebut meskipun sering diasak dengan pelabgai spekulasi hinggalah timbulnya beberapa kontroversi.







“Saya tahu selama ini ramai media juga peminat tertanya-tanya hubungan kami. Tapi pada ketika itu saya tidak berani untuk membuat apa-apa kenyataan melainkan menyatakan kami kawan kerana masa tu memang kami hanya sebagai kawan rapat. Saya memang dah kenal Zizan lama, sejak sebelum jadi artis lagi sebab kami sekampung dan berjiran. Dan bila saya jadi artis baru kami berkawan rapat”

“Saya tak mahu terlalu menjaja hubungan kami pada ketika itu sebab baru sekadar kawan. Nanti kalau tak membawa kepada peringkat seterusnya, malu. Bagi saya, sebelum lahirnya hubungan cinta, kita dan pasangan kita memerlukan masa untuk masing-masing kenali hati budi. InsyAllah kalau ada jodoh saya tak akan sorok, saya akan beritahu pada semua.” katanya lagi.

Namun kata Emma, setakat ini mereka belum merancang mahupun berbincang soal kahwin. Bagaimana pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama ‘Kau Yang Terindah’ ini bersykur kerana Zizan sangat disenangi oleh bapanya. Seperkara yang melucukan, cerita Emma, saat dia membawa Zizan bertemu dengan keluarga, bapa Emma langsung tidak mengetahui yang Zizan adalah seorang artis.

“Zizan adalah lelaki pertama yang saya bawa jumpa ayah. Sebelum ini saya tak pernah bawa mana-mana kawan lelaki saya jumpa dengan ayah. Masa jumpa tu ayah memang tak kenal siapa Zizan. Tapi bila Zizan mula cakap dalam loghat Terengganu, mereka mula mesra dan terus rancak berbual”

“Tapi kemudiannya ayah saya jadi hairan sebab semasa kami berjalan, ramai pula orang yang ingin ambil gambar dengan Zizan. Dalam diam ayah bertanyakan pada kawan-kawan dia, siapa Zizan. Selepas dapat tahu daripada kawan-kawan dia, baru lah dia tahu yang Zizan tu artis. Baru lah dia tahu yang anak dia bercinta dengan artis”

“Tapi Alhamdulillah, ayah tidak menghalang perhubungan kami, asalkan kami tahu jaga batas pergaulan”, katanya sambil tersenyum mengenang gelagat ayahnya yang juga merupakan pelukis terkenal negara Ismail Maembong.

Dalam perkembangan lain, Emma kini menggalas tanggungjawab sebagai duta Maixara selama setahun. Selain itu pada bulan April ini, Emma tidak mengambil mana-mana tawaran berlakon kerana ingin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga-Murai

0 Response to "Ayah Emma Maembong Mula Siasat Identiti Zizan Razak"

Post a Comment