AKTRES jelita yang sering dihimpit kontroversi, Nora Danish meluahkan rasa sedih dan kesalnya apabila terdapat segelintir peminat-peminatnya di laman sosial Instagram memberi komen-komen negatif dan lucah.
Terbaru, Nora ada memuat naik sekeping gambar dirinya memakai baju berwarna putih dan sedikit menampkkan bentuk dadanya dan ini menjadi medan orang ramai menulis komen-komen berbaur lucah terhadap dirinya.
“Saya sedih apabila ramai yang komen-komen berbaur lucah ini datang daripada remaja-remaja lelaki awal belasan tahun yang bagi saya terlalu biadab berbuat seperti itu.
“Tujuan saya buat akaun ini adalah untuk berkongsi gambar dengan peminat, tapi tidak sangka pula perkara seperti ini berlaku.
“Saya bukan kecewa dengan apa yang dikatakan tentang saya, tapi saya sedih lihat situasi ini berlaku kepada mereka yang masih muda. Saya ada anak lelaki, kalu boleh saya tidak mahu dia seperti ini,” katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem “Pengantin Malam”di TGV Sunway Pyramid, semalam.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia terpaksa menyekat pengikut-pengikutnya di Instagram yang sering menulis komen yang keterlaluan dan memalukan.
“Saya letih apabila terpaksa sekat hampir 5,000 pengikut di Instagram yang menulis komen yang melampau setiap hari. Bagi saya tidak wajar buat seseorang itu begitu berani menulis komen membabitkan fizikal orang lain.
“Saya kesal apabila dijadikan bahan untuk imaginasi yang tidak sepatutnya.” – Tupai
0 Response to "Nora Danish Sedih Dengan Sikap Segelintir peminat"
Post a Comment