Kuala Lumpur: Pegawai tinggi kerajaan dan golongan kenamaan adalah antara pesalah trafik yang dikesan mempunyai banyak waran tangkap selepas gagal membayar saman tertunggak sejak beberapa tahun.Timbalan Ketua Trafik Pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus berkata, Ops Warta bagi memburu pesalah trafik tegar tidak hanya membabitkan golongan ‘bawahan’, malah membabitkan semua pengguna jalan raya.
Menurutnya, polis trafik mengesan dan menahan 911 pesalah trafik yang mempunyai 1,324 waran tangkap sejak operasi dimulakan 16 Jun lalu.
“Kami mendapati orang ramai tampil untuk membayar saman tertunggak dan waran sejak Ops Warta dilancarkan Isnin lalu. Ini adalah satu perkembangan positif,” katanya kepada Harian Metro, semalam.
“Trend itu menunjukkan orang ramai mempunyai kesedaran tinggi dan memberikan tindak balas baik kepada Ops Warta yang dilancarkan sehingga 27 Jun hadapan di seluruh negara,” katanya.
0 Response to "Pegawai Tinggi Kerajaan Paling Banyak Waran Tangkap"
Post a Comment