KES penemuan objek jijik dalam makanan boleh dikatakan sudah acapkali didengar.
Namun lain pula kisahnya yang berlaku di Beaufort, Sabah apabila pemilik sebuahkedai kopi menjumpai kepingan pisau cukur dalam kuih kelupis yang dijual.
Objek itu disedari selepas seorang pelanggan yang membeli kuih tersebutmemaklumkan kepadanya pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu.
Peniaga yang dikenali sebagai Awang, 35 mendakwa dia percaya ada pihak cubamensabotaj perniagaannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut.
Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis ituke balai polis dan membuat laporan pukul 4 petang hari sama, katanya.
Memetik laporan mStar Online,Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kini sedang menyiasat kes berkenaan.
Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden sama berulang, katanya.
Bagi yang tidak tahu, kuih kelupis merupakansejenis kuihtradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras pulut.
Sumber: mynewshub
0 Response to "Pisau Cukur Dalam Kuih Kelupis Peniaga Dakwa Disabotaj"
Post a Comment