Ajal dan
maut semua nya ditangan yang maha esa ini lah apa yang berlalu kepada anak yatim
arwah adik Syarafina Mansor 18' pelajar UITM
Arau.
Penuntut
perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis ini ditemui meninggal dunia
dalam bilik air di sebuah kolej kediaman universiti itu, semalam.
Syarafina
Mansor, 18, penuntut Diploma Sains Dari Fakulti Sains Gunaan ditemui terbaring
dalam bilik air oleh rakan sebiliknya, pada kira-kira 2 petang.
Rakannya
itu dikatakan keluar mencari Syarafina apabila curiga mangsa tidak pulang semula
ke biliknya selepas keluar untuk pergi mandi.
Rektor
UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata mangsa sebelum itu
pergi ke tandas di kolej kediaman itu untuk mandi pada 12 tengah
hari.
"Namun,
apabila mangsa tidak pulang selepas dua jam berikutnya, rakan sebiliknya
bertindak memeriksa tandas itu dan menemui Syarafina sudah terbaring,” katanya
ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau
berkata, rakannya kemudian memanggil kakitangan pengurusan kolej kediaman itu
sebelum membawa mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar,
menggunakan ambulana milik Pusat Kesihatan UiTM Perlis.
"Mangsa
disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital pada 3.20 petang semalam.
Proses bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederan pada badan
mangsa sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala,"
katanya.
Beliau
menjelaskan berdasarkan temubual dengan rakan mangsa, mereka mengakui bahawa
Syarafina sering mengadu mengalami sakit di kepala sehingga kadangkala tidak
dapat pergi ke kelas.
"Jenazah
mangsa yang juga anak yatim piatu dibawa ke Bukit Jenun, Pendang di Kedah untuk
dikebumikan hari ini," katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaakob Ku Hamad, mengesahkan
kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian yang tiada unsur jenayah.
-HM
0 Response to "(2 Gambar) Hilang 2 jam ..hilang untuk selama-lamanya di jumpai terbaring dibilik air"
Post a Comment