
Bermula
15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan. Berikut adalah
kenyataan media yang dibuat oleh pihak berkenaan.



— BERNAMA (@bernamadotcom)October 12,
2015
PENYELARASAN
struktur kadar tol mulai 15 Oktober ini, menyaksikan peningkatan kadar tol di
beberapa lebuhraya di Malaysia.
Lebuhraya
LATAR mengumumkan, kadar tol baharu bagi Plaza Tol Ijok, Kuang Timur, Kuang
Barat dan Taman Rimba Templer mulai 12.01 tengah malam, Khamis ini adalah antara
70 sen hingga RM5.
Bagi
Lebuh Raya Maju (MEX) yang dikendalikan oleh Maju Expressway Sdn Bhd pula, kadar
tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.
Sementara
itu kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) juga naik antara 70 sen hingga
RM1.40 manakala kadar bayaran di terowong SMART juga naik kepada RM3.
Manakala
Plaza Tol Gombak dan Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) di bawah
kendalian ANIH Berhad, diumumkan naik antara 30 sen dan RM3.
Bagi
laluan Kajang di Lebuh Raya SILK pula kadar tol akan dinaikkan antara 40 sen dan
RM2.40 manakala di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) kadar bayaran juga naik antara 40
sen hingga RM2.10.
Konsortium
Lebuhraya Utara-Timur Tol turut mengumumkan, berlaku kenaikan kadar tol antara
30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).
Pengendali
lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan
penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat
Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya
Kemuning-Shah Alam (LKSA).

0 Response to "Kadar Terbaru Tol Bagi Beberapa Lebuhraya Mulai 15 Oktober Ini"
Post a Comment