
Saya terkejut dan
sebak lihat lehernya ada kesan jerut. Saya difahamkan semasa ditemukan, arwah
dalam keadaan tidak terurus dan lebam di beberapa bahagian badannya dipercayai
dipukul”. Demikian reaksi suami seorang kerani sekolah agama yang menjadi mangsa
rompak dan bunuh di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, di sini
semalam.
Faris Jaafar yang
bertugas di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor
Bahru yakin isterinya cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya ketika
kejadian itu.
Dia yang berusia
dalam lingkungan 30-an dimaklumkan mengenai kejadian malang itu lewat petang
semalam dan terus bergegas pulang ke rumah. Bagaimanapun, hatinya luluh apabila
diberitahu mayat isterinya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di
sini.
“Ketika melihat
mayat isteri buat kali pertama, saya sebak melihat keadaannya. Saya tidak sangka
arwah diperlakukan dengan begitu kejam,” katanya ketika ditemui di rumah mayat
HPSF, di sini hari ini.
Dalam kejadian
pukul 6 petang semalam, mangsa ditemukan maut oleh jirannya dengan leher dijerut
menggunakan tali pengikat langsir selain pintu kereta dan pintu rumah terbuka.
Faris berkata, kali terakhir dia berjumpa isterinya kelmarin dan mereka sempat
bersarapan sebelum dia pulang ke Pulada untuk meneruskan tugas seperti
biasa.
Sementara itu,
abang sulung mangsa, Mohd. Adzrul Jaafar, 31, yang menetap di Taman Maluri, Ulu
Tiram memberitahu, dia mengetahui kejadian tersebut pada pukul 6.50 petang
semalam sebelum bergegas ke sini bersama-sama ibunya. “Setahu saya, arwah tidak
mempunyai musuh.
Saya memang
terkejut dengan kejadian ini dan kami sekeluarga tiba di Muar pukul 12 malam
tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke rumah kerana siasatan sedang dijalankan,”
katanya. - eBerita.org
0 Response to "Suami Kongsi Cerita Detik Sayu Jumpa Mayat Isteri Selepas Dibunuh"
Post a Comment