"Jadi,
selepas menidurkan anak pada waktu malam, saya menjeling suami saya. Ya, saya
memang sangat penat. Tetapi ketika mengeringkan pinggan mangkuk, saya terfikir
kenapa dulu saya tidak begitu?".... (baca seterusnya)
*Untuk Bacaan Suami Isteri Sahaja. SHARE info ini dengan pasangan anda.
*Untuk Bacaan Suami Isteri Sahaja. SHARE info ini dengan pasangan anda.
Pada satu hari ketika
membasuh pinggan, saya menyedari bahawa sudah lapan hari kami tidak bersentuhan.
Lapan hari itu adalah tempoh yang agak lama bagi kami. Tetapi yang merisaukan
saya adalah saya tidak rasa menginginkannya atau merinduinya. Saya tidak
merindui disentuh olehnya. Dan itulah adalah masalah yang terbesar.
Jadi, selepas menidurkan
anak pada waktu malam, saya menjeling suami saya. Ya, saya memang sangat penat.
Tetapi ketika mengeringkan pinggan mangkuk, saya terfikir kenapa dulu saya tidak
begitu?.
SEKS BERSAMA SUAMI
Saya mendapat inspirasi
dan menyorot kembali mengapa saya perlukan seks dengan suami setiap
malam:
1. Ingin selalu disentuh
Kebanyakan hari saya
dipenuhi dengan bermain anak patung dengan anak, lap makanan bayi yang tertumpah
pada baju, tukarkan lampin bayi dan berjalan di taman.
Ya, sayalah tukang
masak, tukang bersih, guru dan membersihkan segala jenis kotoran yang
menjijikkan.
Tetapi saya juga lebih
dari sekadar itu, lebih dari sekadar memainkan peranan-peranan yang tersebut di
atas. Saya seorang perempuan! Dan ada potensi yang mendalam bahawa saya hebat
dalam mencium juga. Ia adalah satu perkara yang indah dengan mencari diri
sendiri melalui sentuhan orang lain.
Terdapat satu benda yang
misteri dan tersembunyi apabila saya mencium lelaki yang
saya cintai.
2. Ingin jadikan suami seorang ‘lelaki‘
Jika anda ingin suami
anda untuk bertindak seperti seorang lelaki, anda perlulah memandangnya sebagai
seorang lelaki. Wanita memerlukan beberapa kriteria pada lelaki untuk
menyayanginya. Tetapi lelaki jauh lebih mudah. Mereka perlu diberi makan,
dihargai dan mereka perlukan seks. Itu sahaja.
Jadi, sekali sekala,
masakkan untuknya atau pesan makanan diluar. Ucapkan terima kasih kerana
membanting tulang bekerja berjam-jam di luar dan berikan pelukan mesra setiap
kali dia pulang ke rumah. Kemudian, berikannya layanan yang
selayaknya.
3. Ingin masa berdua yang ‘eksklusif‘
Anda perlukan masa
setiap hari untuk anda berdua. Masih ingat lelaki itu? Lelaki yang membuatkan
jantung anda berdegup kencang? Lelaki yang anda impikan, yang membuatkan anda
mengejar bintang dan tidak mahu berpijak di bumi nyata? Dia masih
ada.
Lelaki itu masih lagi
menyayangi anda dan memerlukan anda. Setiap malam selepas anda tidurkan
anak-anak adalah peluang untuk anda berjumpa dengannya.
4. Ingin hilangkan stress
Seks mengurangkan
tekanan atau stress.
Saya tahu perkara ini tidak memerlukan penerangan lanjut. Sebagai seorang
ibu, stressadalah
makanan ruji harian saya. Jadi, saya ada pilihan;
A) Meronda pada waktu
malam dan langgar mana-mana pagar rumah orang atau
B) Saya boleh bermanja
dengan seorang lelaki yang saya kahwini.
Jadi saya pilih
B.
5. Inginkan keseronokan dunia
Ia sangat menyeronokkan.
Serius! Kenapa anda perlu menolak benda yang baik dalam hidup anda? Kita bekerja
keras membantu anak kita menyiapkan kerja rumah, Algebra dan melakukan Zumba di
tempat awam.
Tetapi apabila meminta
dia melakukan seks setiap malam, dia akan memandang pelik dan berkata, “Awak
gila? Orgasma setiap malam? Awak fikir saya seperti perempuan
Nymfoniac?”
Akhir kata
Adakah anda pernah
terfikir bahawa kita perlukan seks kerana kita layak mendapatkannya?
Ya, anda layak mendapatkannya.
Ya, anda layak mendapatkannya.
Jadi, malam ini,
tidurkan anak anda, tinggalkan pinggan kotor di sinki dan biarkan dahulu lantai
tidak bersapu. Semua itu boleh diselesaikan kemudian. Ambil masa sejenak untuk
mengingati bahawa anda adalah seorang perempuan yang anda impikan dan carilah
lelaki yang anda impikan.
Ulang lagi, setiap
hari.
0 Response to "5 Sebab Kenapa Saya Perlukan Seks Bersama Suami Setiap Malam?"
Post a Comment