‪Info‬ dan Prebiu Final Piala Presiden 2013




‪Info‬ dan Prebiu Final Piala Presiden 2013

Kelantan: Juara 2011
Perak: Juara 2012


Kelantan akan melayan kunjungan penyandang Juara, Perak dalam aksi final yang dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad IV, 12 Oktober ini.

Dalam empat pertemuan musim ini, kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri dalam kesemua perlawanan.

Perak layak ke suku akhir selaku Juara Liga sementara Kelantan pula berada di kedudukan ke-4.

Diundi bersama dalam saingan suku akhir kumpulan, Perak menjadi Juara kumpulan diikuti Kelantan di tempat ke-2.

Di pusingan Separuh Akhir, Kelantan berjaya menyingkirkan Naib Juara Liga, Johor dengan agregat 1-0. Manakala Perak pula menumpaskan Terengganu dengan agregat 5-3.

Perlawanan akhir kali ini pasti menjadi perhitungan menarik dan titik penentuan antara Kelantan dan Perak selepas hanya mencatat keputusan seri dalam empat pertemuan sebelum ini.

Rekod Pertemuan (2013)

LIGA 2013
06/02/13 Perak 1-1 Kelantan (Std Ipoh)
24/05/13 Kelantan 1-1 Perak (SSMIV)

SUKU AKHIR (KUMPULAN)
29/08/13 Kelantan 2-2 Perak (SSMIV)
19/09/13 Perak 1-1 Kelantan (Std Ipoh)

FINAL PIALA RRESIDEN 2013
12/10/13 Kelantan mln Perak (SSMIV)

‪Final‬ ‪‎PialaPresiden‬ 2013 ‪ThePresidentWarriors‬

UPDATE : Dikhabarkan Pihak Astro akan menyiarkan secara lansung perlawanan ini malam esok di Saluran Astro Arena 801. Sama-sama kita saksikan.

via : theredwarriorsofficial

0 Response to "‪Info‬ dan Prebiu Final Piala Presiden 2013"

Post a Comment