Main Game Super Mario Bros Di Pelayar Web Anda


Permainan  video Super Mario Bros mungkin salah satu permainan terhebatyang pernah dicipta. Tipulah kalau anda kata anda tak pernah memainkan game ni, sekurang-kurangnya pernah tahu kan? Malah sehingga sekarang pun masih ramai yang mencari dan memuat turun ROM asal game ini dan memainkannya di pelbagai platform yang ada.

Nah sekarang lagi mudah, tak perlu search di Google lagi untuk mencari ROM atau membuat pengaatucaraan kahs untuk dimainkan di platform anda sendiri. Terima kasih kepada fullscreenmario kerana membuatkan game ini boleh dimainkan di pelayar web anda yang support HTML5. Cukup senang bukan? . Ia lengkap dengan soundtrack asal game, pemilihan level dan juga map editor untuk memudahkan korang membuat level korang sendiri.

Ia masih dalam ujian beta, tetapi ia nampak seperti sudah boleh dimainkan secara lancar. Jom main game epik ini seperti di masa budak-budak dulu main game tape. Huhu... memori paling best time zaman bebudak dulu!

Related Posts :

0 Response to "Main Game Super Mario Bros Di Pelayar Web Anda"

Post a Comment