Terkini Kes tembak pegawai Ambank: Suspek dikesan masih ada dalam Malaysia
Pihak Polis percaya suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi AmBank di Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya, Kuala Lumpur pada Rabu lalu masih berada dalam negara
Menurut laporan media arus perdana, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya juga yakin pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dapat menyelesaikan perkara itu dengan segera

Rakaman CCTV yang menunjukkan wajah pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank, Norazita Abu Talib
Kita percaya suspek masih berada dalam negara, namun saya tidak akan mendedahkan tempat dia berada bagi mengelakkan ada pihak cuba memperdayakan kita, katanya dalam sidang akhbar
0 Response to "Suspek Kes Tembak Pegawai AmBank Telah Di Kesan"
Post a Comment