[VIDEO] Sultan Kelantan Menyembelih Sendiri Dua Ekor Lembu Korban Sempena AidilAdha


Sultan Kelantan menyembelih sendiri dua ekor lembu korban

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V  berkenan menyembelih dua ekor daripada 60 ekor lembu yang disediakan pada majlis korban anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji pada Rabu 16 Oktober 2013.

Menurut sumber berita, baginda turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk ibadah korban itu sempena Aidiladha.

Turut berkenan menyumbangkan lembu korban pada majlis itu ialah Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Dipertua Maik, Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhammadi, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorangan.

Semasa majlis korban sempena Aidiladha terdahulu baginda turut berkenan melakukan perkara yang sama, berikut disertakan rakaman video kebolehan baginda ketika menyembelih lembu untuk ibadah korban.


Related Posts :

0 Response to "[VIDEO] Sultan Kelantan Menyembelih Sendiri Dua Ekor Lembu Korban Sempena AidilAdha"

Post a Comment