Tertinggal
Barang di hotel adalah perkara yang dilakukan oleh banyak orang. Terburu-buru
boleh menjadi punca utama penyebabnya. Namun, bagaimana jika benda yang
ditinggalkan adalah benda yang "pelik", seperti tujuh benda ini contohnya :
1)
Wang USD 6,000
Meninggalkan
tip untuk pekerja hotel adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini
sah tertinggal namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas
di Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh pemilik
hotel.
2)
Kaku Palsu
Selipar
atau kasut adalah perkara yang biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana
dengan kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth
Hotel, Quebec.
3)
Ikan Jerung
Jika
anda melihat harimau di bilik tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi.
Namun ketika pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa
jerung di bilik mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya
tidak. Jerung ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut.
Akhirnya jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.
4)
Ganja
Tidak
ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah
berlaku di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager
Hotel, Nicholas Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya
semasa perjalanan.
5)
Kuda
Secara
teknikal, kuda pasti tidak akan ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di
parking hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh
terlupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat parking.
6)
Gigi
Ini
pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Spanyol di mana
penyewa bilik hotel ini pernah tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada
menelefon hotel tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan
gigi itu kembali kepadanya.
7)
Belon Kambing
Mungkin
penyewa hotel ini memerlukan kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk
membantunya tidur. Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia
pernah berlaku di Travelodge's Edinburgh.
0 Response to "7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel"
Post a Comment