Rata-rata sudah mengetahui keretakkan rumah tangga pelakon dan pengacara Primadona, Erra Fazira dan Engku Emram yang berakhir dengan penceraian. Pasangan ini bercerai dengan baik di Mahkamah dengan Engku Emram melafazkan talak satu.
Namun kesediaan Erra melepaskan hak penjagaan anaknya kepada bekas suami sedikit merungsingkan peminat. Pelbagai persoalan yang timbul memandangkan kebiasaannya, ibu akan berusaha memastikan anak berada di bawah jagaan mereka. Adakah Erra berbeza dari ibu-ibu lain, antara persoalan yang semakin membingungkan.
Memetik sumber Utusan, ketika Erra menjawab soalan mengenai anaknya ada serak bahasa sedih yang dapat menggambarkan keadaannya kini.
“Janganlah tanya soalan ini… baharu sangat, saya masih sensitif.” Tetapi keputusan yang diambil kami ini adalah yang terbaik untuk dia,” katanya sedikit sebak.
Mengakui sudah lama menyimpan rahsia rumah tangga, Erra menjelaskan ada sesuatu yang perlu dia simpan demi keputusan saat ini. Tidak menolak untuk mengetahui pelbagai spekulasi timbul akibat ini, Erra percaya dia mempunyai sebab yang cukup teguh untuk berahsia.
- See more at: http://sensasimalaysia.com/penjelasan-erra-fazira-isu-hak-penjagaan-anak/#sthash.yRsBzHIs.dpuf
0 Response to "Penjelasan Erra Fazira Isu Hak Penjagaan Anak?"
Post a Comment