Takdir Jodoh Erra – Semalam peminat seni tanah air dikejutkan dengan berita penceraian primadona filem Melayu, Erra Fazira, 40, dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39. Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.
Mereka bercerai secara baik selepas tujuh tahun berkahwin dan bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Emran.
Dalam pertemuan dengan media di pekarangan mahkamah, Erra mengulas ringkas tentang takdir jodohnya bersama Emran yang tidak berpanjangan.
Saat bahagia Erra dan Emran sewaktu majlis resepsi perkahwinan mereka pada 2007.
“Kami telah berbincang tentang perpisahan ini sebelum ini. Saya bersyukur kerana penceraian ini berlaku secara baik. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada karier,” ujarnya ringkas.
Erra kemudian meminta jasa baik pihak media agar tidak terus mendesak dan mengasaknya dengan persoalan tentang penceraian tersebut.
Pintanya yang telah setahun tidak sebumbung dengan Emran sebelum bercerai: “Saya minta tinggalkan saya (bertanya tentang hal penceraian) supaya hidup saya jadi lebih aman.”
Ironi, berita penceraian itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak tahun 2009, cerita tentang pergolakan rumah tangga mereka sudah mula disiarkan di dada akhbar.
Media mengimbas ke belakang rentetan berita tentang rumah tangga bekas ratu cantik Malaysia ini. Pada tahun 2009 ketika pihak media mula kecoh kononnya rumah tangganya retak kerana orang ketiga, Erra menafikannya.
“Terus-terang, tidak ada pergolakan dalam rumah tangga saya. Saya pun tidak pernah mendengar berita pasal wujudnya pihak ketiga antara kami.
“Namun, saya tidak mahu cepat melatah. Gosip seperti ini asam garam dalam kehidupan seseorang artis dan saya sudah bersiap sedia,” katanya.
Sejak itu, hampir setiap tahun ada sahaja berita tentang kemelut rumah tangganya sehingga pernah timbul gosip kononnya Emran sudah berkahwin lain.
Sabar dengan segala berita tentang rumah tangganya, ini jawapan yang diberikan Erra dalam temu bual pada November 2010.
Engku Emran melepaskan Erra Fazira dengan talak satu. Dia bagaimanapun ‘lari’ sebaik proses penceraian tersebut selesai.
0 Response to "Punca Sebenar Penceraian Erra Fazira?"
Post a Comment