Seksaan
dalam kubur itu benar. Tetapi masih ramai lagi yangalpa dengan perintah
Allah SWT. Banyak kejadian pelik yang Allah tunjukkan kepada kita
tentang balasan orang yang tidak mengikut perintahNya. Antaranya yang telah
berlaku di Makkah. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang berada di sana
dan menyaksikannya di depan matanya tentang seekor ular yang tiba-tiba berada dalam lubang kubur. Ular tersebut sangat besar dan
mampu menelan jenazah dalam sekelip mata.
Semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama.
“Dialah
yang memperlihatkan kepadamu tanda tanda kekuasaanNYA dan menurunkan untuknya
rezeki dari langir. Dan tiadalah mendapat pengajaran kecuali orang orang yang
kembali kepada ALLAH” Surah al-Mukmin, ayat 13.
Ustaz
Zainul Fata Hashim, 38, adalah khatib Masjid Rahman di Banyu Urib, Surabaya.
Ketika usinya 14 tahun dia merantau ke Mekah untuk menuntut ilmu dengan ditemani
abangnya, Hj.Yassin Hashim. Setelah 17 tahun menetap di Tanah suci dia kembali
ke kampung halamannya pada 1997 dan mengajar di sekolah sekolah agama di kampung
kelahirannya. Lantaran ingin berkongsi pengalaman menarik ketika
menetapa di Mekah, Ustaz Zainul diterbangkan khas dari Surabaya untuk
temu bual ekslusif dengan wartawan Mastika, Norimanah Seman.
Perkuburan
Ma’ala di Mekah yang terletak berhampiran makam Siti Khadijaah riuh rendah.
Suara orang bercakap dalam nada cemas dan menjerit jerit menyebabkan tumpuan
saya yang ketika itu sedang solat, terganggu. Suara abang saya, Hj. Yassin yang
mengimami solat Asar juga tenggelam timbul. Terus terang saya katakan, saya
tidak dapat bersolat dengan khusyuk. Suara orang bercakap dan menjerit
jerit itu menggangu tumpuan. Selesai salam, saya terus ke tingkap yang
menghadap ke kawasan perkuburan. Saya lihat penjaga kubur berdiri
tercegat di tepi lubang, orang ramai yang mengiringi jenazah bertempiaran
lari. Ada yg tertonggeng kerana tersepak batu, yg merangkak pun
ada.
“Tolongggggggg,
anak saya!” jerit seorang wanita apabila melihat anaknya berdiri hampir dengan
liang kubur. Seorang lelaki sedang berlari sempat menyambar kanak kanak itu dan
diserahkan kembali kepada emaknya.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
“Apahal ribut ribut tu?” tanya abang yang tiba tiba sudah berdiri dibelakang saya. “Entah,” jawab saya. Lantas saya dan abang bergegas ke kawasan kuburan itu yg jaraknya hanya beberapa meter sahaja dr rumah sewa kami. Walaupun sudah tiga tahun menyewa rumah berhampiran kawasan perkuburan tetapi belum pernah saya lihat urusan pengkebumian jadi kelam kabut.
Saya
berjalan menghampiri penjaga kubur, Ahmed berbangsa Afrika. Hanya dia seorang
saja yg berani berdiri di situ sedangkann orang ramai yang mengiringi jenazah
sudah lari bertempiaran. Mereka berdiri jauh di tepi pagar. Muka Ahmed kelihat
cemas, matanya tajam memandang ke dalam liang.
“Apa
masalahnya, ni?” tanya saya dalam bahasa Arab. Lelaki itu hanya menuding jarinya
keliang lahad tanpa mampu berkata apa apa. Seekor ular besar dengan
mulut ternganga luas hingga menampakkan taring tajam yang panjang kelihatan
tersembul di pintu lubang kubur. Badannya sahaja sebesar pemeluk orang
dewasa! Saya dan abang segera mengundur. Ahmed mengelak beberapa tapak apabila
ular itu menjulurkan kepalanya seperti hendak menerkam jenazah yang dipikul oleh
kawan kawannya. Setelah gagal untuk mencekup jenazah, ular yang
bercampur aduk warnanya itu memasukkan semula kepalanya ke dalam
lubang. Namun apabila kawan kawan Ahmed cuba melangkah, ular itu akan
menerkam semula dengan mulut terngangga menampakkan lidah yang panjang. Saya
memgucap panjang apabila mata ular itu yang merah bercahaya merenung tajam ke
arah jenazah yang diletakkan di atas pengusung.
“Ya
Allah, janganlah mayat tu ditelah,” doa saya. Hati bertambah bimbang apabila
melihat mulut ular itu terngangga luas boleh memuatkan sebuah motosikal.
Serentak mereka mengundur untuk menyelamatkan diri. “Kalau kecil boleh
juga saya kais dengan kayu. Tapi iiiiii ni besar, mulutnya saja sama
besar dengan lubang kubur. Kalau saya masukkan juga jenazah itu bukan kebumi
namanya tetapi campak ke rahang ular,” kata Ahmed, tercunggap cunggap.Orang
ramai lari bertempiaran. Ada yang terjerit jerit akibat terlalu
takut.Beberapa minit kemudian mereka terus menutup semula lubang kubur
itu. Ahmed berjalan ke sebuah lagi kubur , lima meter saja jaraknya
dari kubur tadi. Perlahan lahan dia menarik penutup nya yang diperbuat daripada
batu.
Di
Mekah kedaan kuburnya yang berlainan dengan di Malaysia. Disana lubang kubur
sudah siap digali dan disimin dindingnya kecuali lantai. Dan disimin dindingnya
kecuali lantai. Setelah jenazah di kebumikan ia ditutup semula. Pintunya
diperbuat dari besi atau batu. Setahun kemudian kubur itu akan dibuka semula
untuk diisi dengan jenazah baru. Biasanya satu liang boleh digunakan
untuk enam jenazah. Namun ada juga boleh memuatkan hingga seratus.
Jenazah baru hanya akan ditanam di dalam lubang itu jika jenazah yang ditanam
setahunlalu sudah tiada ataupun hanya tinggal tulang. Tulang tulang itu akan
dikuis ke tepi untuk memberi ruang pada jenazah baru.
Ahmad
membuka lubang tersebut dengan berhati hati. Apabila terbuka sepenuhnya, segera
dia melenting. Ular yg sama terpacul lagi ditengah tengah lubang kubur! Ahmed
melompat ke belakang, kawan kawan nya lari lintang pukang. “Lain macam
je ular ni, bang. Ular sawa bukan, tedung pun bukan, anaconda tidak
mungkin. Ular apa ni bang” bisik saya pada abang. “Inilah agaknya ular
al-Syujak al-Aqra seperti yg pernah nabi sebut sebut dalam sabdanya, yang akan
menyiksa sesiapa yang meninggalkan solat dan melakukan maksiat,” kata abang.
Aneh sekali, bagaimana ia boleh berada di dalam lubang kubur itu.
“Tutup
balik,” Ahmed bersuara meminta tiga orang lagi rakanya membantu. Ahmed beralih
pula ke kubur lain. Dia mengagak lubang itu sudah dua tahun tidak
digali semula. Orang lain yg pada mulanya ramai tidak berani mendekati.
Mereka hanya berdiri di tepi pagar tembok. Tinggallah kami berenam, Ahmed dan
kawan kawannya, abang serta saya.
SYYYYYYYYYYY!!
Bunyi desiran dari arah lubang pada pintu kubur yang terbuka sedikit. Ahmed dan
rakan rakannya segera berhenti mengangkat penutup lubang kubur tersebut. Masing
masing terdiam dan memasang telinga . Setelah beberapa minit menunggu tidak ada
lagi bunyi yang kedengaran. “Ahhhh!! Bunyi pasir runtuh agaknya,” beritahu
Ahmed sambil tersenyum cuba menyedapkan hati. Ahmed lantas mengajak kawan
kawannya menyambung kerja. Perlahan lahan mereka membuka penutup lubang
kubur hingga terbuka luas. “Alhamdulillah …” Ahmed bersyukur, tidak ada lagi
ular besar yang menganga di muka lubang. Di bahagian dasar lubang hanya
tinggal tengkorak dan beberapa tulang yang belum reput. Ahmed masuk ke dalam
kubur untuk mengumpul tulang tulang itu dan diletakkan di sudut, kemudian naik
semula untuk mengangkat jenazah wanita itu.
Perlahan
lahan Ahmed dan tiga kawan kawannya megusung jenazah wanita tersebut ke tepi
lubang. Saya hanya memerhati sahaja mereka melakukan kerja. “Berhenti!!!!” tiba
tiba Ahmed menjerit. Dua orang kawannya yg memikul jenazah terkejut. Nyaris
nyaris jenazah tercampak. Segera jenazah dibawa keluar dan diletakkan
diatas pasir. Mereka hanya tercegat memerhati. Ahmed menggeleng geleng
kepala, tidak percaya dengan apa yang berlaku. Orang ramai bercempera sekali
lagi.
“Subhanallah
….. ular lagi,” terpacul dari mulut saya. “Kamu pasti ular itu tidak ada disitu,
tadi?” tanya abang. Ahmed termenung memerhatikan rahang ular yang terbuka luas.
Di wajahnya ternampak keletihan. Dia pun sudah hilang punca untuk menjawab
peryanyaan saya tadi. “Subhanallah,” hanya itu sahaja yang terkeluar
dari mulutnya sambil menoleh ke arah saya. Ahmed menggaru garu kepala,
tak tahu apa yang perlu dibuat. Menurutnya, tidak ada lubang pun di dinding
liang yang boleh dilalui oleh ular sewaktu dia mengumpulkan tulang tadi.
“Mungkin
tanah haram tak mahu terima jasadnya,” kata abang. Ahmed mengangguk dan
bersetuju dengan kata kata abang. “Kalau begitu mengapa tak dikebumikan saja di
Jeddah?” saran saya kepada Ahmed. “Seharusnya begitu, mungkin ada yang tak
kena,” kata abang. Jeddah? Ya, hanya Jeddah sahaja tanah halal yang
paling hampir. Ahmed, saya dan abang menaiki satu kereta untuk bersama
sama mengiringi jenazah ke Jeddah. Dalam samar sama hari yang sudah merangkak
senja jenazah itu dikebumikan. Alhamdulillah! Semuanya dapat disempurnakan
dengan selamat.
Dalam
perjalanan pulang ke Mekah, tiada lain yang kami bualkan kecuali kejadian itu.
Saya benar benar insaf dan gerun akan kekuasaan Allah. “Salah satu
keistimewaan umat Muhammad ialah seksaan atas dosa dosa mereka akan ditangguhkan
sehingga akhirat. Namun tidak mustahil ALLAH akan membalasnya sewaktu
didunia. Itu tidak lain sebagai ingatan pada yang masih hidup,” tegas abang.
Kata kata itu membuat saya berfikir kembali rahsia di sebalik kejadian yang baru
kami alami. Kepada kenalan rapat arwah perempuan itu saya tanyakan asal usulnya.
Menurut mereka wanita itu berasal dari Mesir, bertugas sebagai jururawat di
Hospital Aziziah. Ia memang seorang yang rajin, taat, cantik dan lunak
suaranya apabila melayan pesakit. Namun apabila malam menjelma, pakaian
seragam jururawat ditanggalkan. Maka terserlah lah kecantikannya yang meruntun
hati setiap lelaki yang memandang.
Bibirnya,
mata, rambut ikal mayang, berkenig lebat dan berhidung mancung menjadi bonus
untuk memikat hartawan. Dengan kelebihannya dia sering menggunakan nya untuk
mendapatkan pendapatan yang lumayan. Daripada cerita kawan kawannya yang saya
temui, si gadis manis berusia 25 tahun itu menjadi ‘perawat jiwa’ kelas
atasan. Setiap malam dia menerima jemputan daripada saudagar kaya yang
menawarkan bayaran tinggi. Selama bertahun tahun kerjanya tidak ada siapa yang
mengetahui.
Namun
hari tidak selalu panas, kadang kadang hujan ditengah hari. Di tengah kemashuran
namanya meniti di bibir para hartawan, wanita itu diserang penyakit misteri.
Tidak ada ubat moden yang mampu menyembuhkannya. Tiga bulan dia terlantar di wad
tempatnya berkerja. Yang menginsafkan setiap kali kawan kawan setugas
datang menziarahi, dia kan bercerita segala kegiatannya selama ini.
Peristiwa itu sesungguhnya menginsafkan betapa siksa kubur itu jangan
dipermainkan, sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas, katanya:
ketika Rasulullah s.a.w melalui dua buah kubur beginda bersabda:
“Ingatlah,
sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tapi bukan kerana melakukan dosa
besar. Seorang diseksa kerana dahulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi
kerana tidak membersihkan dirinya daripada air kencing.”
Itu
baru dosa kecil yang nabi sebutkan, sudah mendapat seksa kubur yang cukup
azab. Inikan pula dosa yang besar seperti berzina, melacur, tentunya
lebih azab lagi.
-
Mastika April 2004 -
Sumber
: Pandangan
0 Response to "Seram! Kisah Ular Terkam Jenazah Pelacur"
Post a Comment