Siapa tak kenal dengan Rajah Bomoh VIP ini selepas muncul di KLIA baru-baru ini dengan teropong dan bubunya mencari mana hilangnya pesawat MH370 yang masih hilang hingga ke hari ini. Sehingga kini, isu bomoh VIP semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi dengan tersebarnya satu video terbaru kononnya bomoh VIP tersebut ingin menampar seorang menteri, Khairy Jamaluddin sama seperti kisah buaya yang pernah ditamparnya dulu. Apapun kita abaikan isu yang pada kami isu dalaman mereka dan kita lihat salah satu kediaman “Bomoh 1 Malaysia” ini yang berlokasikan di Kg. Bermin, Tapah.
"Salam.. Oh! Media, sy nak share gambar rumah tok bomoh KLIA…eh, pagar rumah sebenarnya…sebelum tu, sy minta pihak oh!media merahsiakan email sy…atas 2 sbb.. 1) Sy tak nak publisiti murahan :P….dan 2) sy takot ada pulak nnt diganggu makluk2 x nmpak plak mlm2…hahha… Rumah ni terletak kat Kg Bermin Tapah Perak..dinamakan ‘Istana Sri Gemilang (V.I.P)’Dipercayai ni rumah isteri no. 4 tok bomoh…no.1,2 &3 sy tak tau…"
Sumber Asal: Oh! Media
0 Response to "5 Gambar Rumah Raja Bomoh VIP & Dipercayai ni rumah isteri no. 4"
Post a Comment