Kota Bharu – “Kami akan tunggu kepulangan Mummy dan Daddy,” luah Aisyah, 15, anak sulung pasangan warga Malaysia yang dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna, Sweden, kelmarin.
Remaja itu meluahkan isi hatinya kepada ibu saudara Shaleena Norshal, 42, selepas dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah.
Shaleena berkata, pada mulanya payah untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku terhadap ibu bapa mereka kerana bimbang empat beradik itu tidak dapat menerima hakikat kedua-duanya dihukum.
“Pada mulanya saya teragak-agak untuk memberitahu kerana kasihan memandangkan empat beradik itu masih kecil.
“Namun sebaik diberitahu ibu bapa mereka dipenjara, Aisyah dan Ammar, 13, terus menangis namun pada masa sama meluahkan rasa syukur kerana hukuman dikenakan singkat, lapor myMetro.
0 Response to ""KAMI AKAN TUNGGU KEPULANGAN MUMMY & DADDY" - LUAHAN AISYAH"
Post a Comment