Laporan Sinar Harian 5 Februari lalu.
DUNGUN - Penantian seorang ibu selama 36 hari untuk mengebumikan mayat anaknya yang ditemui mati lemas berakhir apabila jasad anaknya itu berjaya dituntut selepas keputusan DNA mengesahkan identitinya.
Mayat Muhammad Ariffin, 40, dituntut dari Unit Forensik Hospital Kemaman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Pintasan jam 3 petang, kelmarin.
Fatimah Sulong, 56, berkata, dia bersyukur kerana jasad anak sulungnya itu akhirnya berjaya disemadikan selepas melalui tempoh menunggu agak lama berikutan keraguan identitinya.
“Walaupun mayatnya dah jumpa, tapi tak boleh bawa pulang sebab memerlukan keputusan DNA bagi mengesahkan identitinya.
“Sekarang Alhamdulillah, semuanya dah selesai, hasrat mak cik nak kebumikan berdekatan pusara arwah bapanya termakbul,” katanya.
Muhammad Ariffin dilaporkan hilang 22 Januari lalu ketika terjatuh dari bot akibat dihempas ombak selepas pulang dari menangkap ikan di laut sebelum mayatnya ditemui 4 Februari lalu di Pantai Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang.
Sinar Harian 5 Februari lalu melaporkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terlentang kira-kira enam batu nautika timur perairan Tanjung Gelang, Kuantan, pada jam 11 pagi.
Sumber
Related Posts :
Al-Fatihah, Ibu Elly Mazlein Meninggal DuniaDisaat anak-anak meraikan Hari Ibu yang jatuh pada 11 Mei, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendapat perkhabaran buruk apabila ibu kesayang… Read More...
AL-FATIHAH, PELAJAR MRSM DIPANAH PETIR MENINGGAL DUNIAJohan Jasmin, 13, pelajar tingkatan satu MRSM yang dipanah petir di padang sekolahnya, Ayer Paabas, Alor Gajah petang kelmarin dilaporkan me… Read More...
AL-Fatihah : Anak Linda Rafar Meninggal DuniaANAK lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbukan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.Lin… Read More...
AL-FATIHAH!!! DNA sahkan mayat Muhammad (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Laporan Sinar Harian 5 Februari lalu.DUNGUN - Penantian seorang ibu selama 36 hari untuk… Read More...
[GEMPAR] Penyanyi Ainan Tasneem Parah Akibat Kemalangan KeretaKANGAR 20 Feb. - Penyanyi yang popular dengan lagu 'Aku Suka Dia,' Ainan Tasneem Ridzuan, 22, cedera ringan di bahagian kepala selepas keret… Read More...
0 Response to "AL-FATIHAH!!! DNA sahkan mayat Muhammad"
Post a Comment