Georgetown: Seorang anak lelaki kepada seorang timbalan menteri diselamatkan nelayan selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, dalam kejadian jam 4 petang tadi.
Mangsa berusia lingkungan 30-an dipercayai memandu ke arah Batu Kawan dikatakan terjatuh di kilometer 13.9 jambatan berkenaan.
Mangsa bernasib baik apabila nelayan yang menyaksikan kejadian kemudian bergegas menyelamatkannya sebelum membawa mangsa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Lelaki berkenaan kini dirawat di unit rawatan kecemasan (ICU) HPP. - Berita Harian
0 Response to "Anak Timbalan Menteri Terjatuh Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang"
Post a Comment