IMAM SUHAIB WEBB, seorang warga Amerika Syarikat yang kini berusia 38 tahun. Beliau memeluk Islam di awal tahun 1990an. Keinginannya yang kuat untuk mendalami ilmu tentang Islam, membuatkannya memutuskan untuk pergi berangkat ke negara Afrika Utara.
Webb belajar syariah Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Semangatnya mempelajari Islam dan aktivitinya sebagai seorang mualaf, terutama di kalangan anak muda Amarika Syarikat (AS) selama lebih dari satu dekad, telah membuahkan hasil apabila ramai anak muda yang memeluk Islam berkat pendekatan beliau.
Pada tahun 2010, Imam Suhaib Webb terpilih sebagai salah seorang dari 500 orang "Most Influential Muslims in the World" oleh sebuah pertubuhan kumpulan pemikir Islam AS.
Sebagai seorang mualaf, William Suhaib Webb mengakui tidak mudah baginya hidup di tengah masyarakat non-Muslim di AS.
“Sebagai mualaf yang masih berusia muda, saya tidak sepenuhnya nyaman untuk menjadi siapa saya yang sebenarnya.
Saya mengadopsi budaya berbeza, dan saya tidak dibesarkan dengan budaya itu," kata Imam Suhaib Webb dalam satu wawancara telefon dengan Reuters.
Webb kemudiannya belajar ilmu tentang Islam di Timur Tengah.
“Saya datang ke Timur Tengah dengan euforia yang tinggi dan konsep-konsep yang utopis,” tutur Webb yang sekarang menjadi imam di sebuah masjid di AS dan mengelola website untuk anak muda Muslim.Webb belajar syariah Islam di Universitas Al-Azhar, Mesir.
Ketika belajar di Al-Azhar ia menyedari ada kesalahfahaman yang salah tentang agama Islam yang baru dipeluknya.
“Setelah saya belajar syariah, saya mulai menyedari bahawa…wah, saya sudah salah memahaminya, dan saya benar-benar ingin merasa selesa menerima siapa adanya saya dan dengan merangkul diri saya sebagai seorang peribadi manusia,” tambah Webb.
Semangatnya mempelajari Islam dan aktivitinya sebagai seorang mualaf, terutama di kalangan anak muda selama lebih dari satu dekad, membuahkan hasil dan pada tahun 2010, Webb terpilih sebagai salah satu dari 500 orang “Most Influential Muslims in the World”.
Selain membina anak-anak muda Muslim, Webb juga dikenal sebagai tokoh yang membela hak-hak kaum wanita dan aktif melibatkan komuniti agama dalam berbagai kegiatan.
Webb menyatakan, radikalisasi tumbuh subur di AS ketika Muslim dan non-Muslim sama-sama meyakini bahawa Islam tidak sesuai dengan Amerika.
“Muslim adalah sebahagian dari kekayaan budaya AS dan sudah menjadi sebahagian dari budaya kita lebih dari siapa yang tahu berapa lama,” tegas Webb.Webb tidak menafikan kemungkinan adanya ekstrimis yang memujuk anak2 muda Muslim, menyelewengkan mereka dari ajaran Islam sebenar. Tetapi di sisi lain, anak2 muda Muslim juga diasingkan oleh non-Muslim kerana pandangan yang salah tentang Islam dan Muslim.
Isu radikalisme Muslim di AS memarak kembali ketika Komite Dewan Keamanan Dalam Negeri Kongres AS menggelar rapat dengar pendapat tentang radikalisasi di kalangan Muslim AS yang digagas oleh senator Peter King. Keith Ellison, muslim pertama AS yang menjadi anggota Kongres mengecam rapat itu dan menyatakan King secara tidak adil sudah menyamaratakan semua Muslim atas tindakan yang dilakukan segelintir Muslim radikal.
Isu Islam dan Muslim semakin panas di AS, menyusul maraknya sikap antisyariah Islam di AS. Sedikitnya 13 negari di AS menyatakan menolak penerapan syariah Islam. Belum lagi polemik rancangan pembangunan masjid dan Islamic Center dekat Ground Zero yg baru saja mereda.
Menurut Webb, semua permasalahan itu muncul kerana kesalahfahaman sebahagian besar masyarakat AS terhadap Islam dan Muslim.
“Muslim Amerika, mahu tidak mahu harus bersentuhan dengan budaya Amerika, agar dapat memberikan jawapan pada budaya Amerika, tentang persoalan dalam budaya Amerika,” tegasnya.




0 Response to "Dulunya Seorang Cucu Paderi, Kini Suhaib Webb Seorang Imam Besar"
Post a Comment