Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja tamat mengadakan sidang media tergempar kira-kira jam 2.33 petang tadi.
Bagi sesiapa yang tidak sempat mengikuti siaran langsung sidang media itu, di sini penulis sediakan ringkasan isi kandungan ucapan beliau sebentar tadi.
- Pesawat MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back) ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.
- Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8.11 pagi 8 Mac 2014 waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi di Beijing.Usaha mencari pesawat MH370 di laut China Selatan dihentikan serta-merta.
- Pengangkutan darat, laut, udara, radar primer, radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370.
- Transponder disahkan telah dimatikan secara sistematik oleh seseorang apabila pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.
- Malaysia masih mengkaji sebab sebenar pesawat MH370 tiba-tiba bertukar arah
- Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar pesawat MH370 setakat ini.
- Komunikasi pesawat (ACARS) dimatikan sebaik memasuki ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
- Tumpuan pencarian pesawat MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi.
Sumber : plbgaimacam.blogspot.com
![[ Info ] Isi kandungan sidang media tergempar PM Najib 15 Mac 2014 Isi kandungan sidang media tergempar PM Najib 15 Mac 2014, berita, info, berita terkini MH370,](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikP3E4otgYjXgi90bZkXVELlNL9DReXiYI1BY93vtmvy1UCb1x33zfzLKrKpB1n15SbwCDE6Hsk7IG5SErh61hm0XDjs5OLF2MfuQu-uf3VLwIrPp5FSnq14BuQz-M2CzSbhXXISJ2nK4/s1600/sidang+media+PM+Najib.jpg)
0 Response to "[ Info ] Isi kandungan sidang media tergempar PM Najib 15 Mac 2014"
Post a Comment