LELAKI MAUT TERJUN BANGUNAN GARA-GARA PANIK




PETALING JAYA – Gara-gara cemas dengan kehadiran sepasukan anggota polis, tiga lelaki warga Nigeria bertindak nekad melarikan diri melalui balkoni tingkat 6, rumah mereka di Pangsapuri Flora Damansara, dekat sini semalam.

Bagaimanapun, tindakan berkenaan mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka yang berusia 20-an maut setelah terjatuh daripada balkoni berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian pukul 1 petang itu, pihaknya ke rumah berkenaan setelah menerima aduan daripada jiran mereka mengenai bunyi bising dari rumah tersebut, lapor Kosmo.

0 Response to "LELAKI MAUT TERJUN BANGUNAN GARA-GARA PANIK"

Post a Comment