HIBA... Selamat Omar, 60, bapa Mohd Khairul Amri Selamat, 29, mangsa pesawat MH370 ketika menonton sidang media Perdana Menteri di PWTC di Hotel Everly, Putrajaya, malam ini. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berdasarkan dua prinsip yang dipegang sepanjang penyiasatan berkenaan, Malaysia berkongsi maklumat terbaharu itu bagi menghormati keluarga mangsa.
Bagi mereka, beberapa minggu lalu adalah saat yang menyayat hati, saya tahu berita ini masih sukar untuk diterima.
"Oleh itu, saya menggesa media untuk menghormati privasi mereka, memberi ruang kepada mereka pada saat yang sukar ini," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.
Najib mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, barat Perth Australia.
0 Response to "MH370 Kali Terakhir Di Kesan Di Pertengahan Lautan Hindi"
Post a Comment