[ Terkini ] Pesawat dilapor terbang guna Mod F


KUALA LUMPUR : Penerbangan MH370 dipercayai dikesan buat kali terakhir oleh menara kawalan sebuah negara di lingkaran Koridor Utara beberapa jam selepas berpatah balik dari kawasan Igari, Laut China Selatan.



Pesawat dilapor terbang guna Mod F, info, berita terkini pesawat MH370,



Harian Metro difahamkan, dengan menggunakan Mod F (Friendly) untuk kategori pesawat bukan musuh, MH370 yang sebelumnya dikesan melalui ruang angkasa antarabangsa menuju ke Pulau Perak di Selat Melaka, kemudian dikesan menghala ke arah perjalanannya ke kawasan Laut Andaman.

 

Menurut sumber, penerbangan MH370 yang terbang tanpa sebarang identiti asalnya (MH370) kerana sistem isyarat transmisi dimatikan seseorang dari dalam pesawat kemudian dikesan memasuki koridor utara di Lautan Hindi dan terus menuju ke ruang angkasa India.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, pasukan keselamatan menjalankan operasi pencarian menemui petunjuk terdapat sistem pengesanan radar menara kawalan trafik di negara yang terdapat dalam koridor utara. Menara kawalan itu menerima isyarat mengenai kehadiran MH370 ke dalam ruang udara negara mereka.


“SBagaimanapun, sehingga kini masih tiada pengesahan dibuat mengenai kedudukan sebenar pesawat berkenaan, namun sekiranya negara terbabit dapat mendedahkan sistem radar mereka ia sedikit sebanyak dapat membantu negara mengesan MH370,” katanya.


Sumber itu berkata, ada beberapa negara dilapor cuba menyembunyikan segala maklumat berhubung pengesanan radar mereka biarpun mempunyai petunjuk mengenai laluan pesawat itu yang terbang tanpa data pengenalan pesawat.

“Ini mungkin disebabkan, perkongsian maklumat berkenaan dianggap mendedahkan sistem pertahanan negara mereka kepada pihak luar,” katanya satu persoalan utama masih belum terjawab, siapakah bertanggungjawab memberikan kod diplomatik penerbangan kepada pengendali penerbangan MH370 setiap kali memasuki ruang udara sesebuah negara. -HM


Sumber : newmalaysianpost.com

0 Response to "[ Terkini ] Pesawat dilapor terbang guna Mod F"

Post a Comment