2 GAMBAR MANGSA: BAPA RAYU SELAMATKAN ANAKNYA YANG DICULIK DI SABAH



Gambar Gao sekitar bulan Februari yang lalu

Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di Semporna, Sabah, hari ini menghubungi stesen Radio Shanghai People untuk merayu kepada pihak-pihak berkuasa menyelamatkan anaknya.



Anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah Firma swasta Jepun serta memperoleh keputusan yang sangat cemerlang dalam pengajiannya.

Menurut bapanya, Gao melancong ke Malaysia bersama-sama dengan rakan-rakan untuk menjalani kursus menyelam.



Gao dan seorang lagi pekerja resort warga Filipina telah diculik pada 10.30 malam semalam.

Pihak polis percaya, kejadian ini didalangi oleh orang dalam berikutan dengan suspek dilihat sangat mengetahui selok belok ke dalam resort berkenaan.

Juga dakwa polis, berkemungkinan besar wujudnya pihak yang ingin cuba mengeruhkan hubungan China dan Malaysia.



Gambar pelancong di Singamata Reef Resort berlindung semasa tembak menembak di antara pihak berkuasa sedang berlaku. MYMEDIAHUBONLINE

0 Response to "2 GAMBAR MANGSA: BAPA RAYU SELAMATKAN ANAKNYA YANG DICULIK DI SABAH"

Post a Comment