Semalam kita telah mendengar isteri Fizo Omar, Mawar Abdul Karim dikecam teruk peminat kerana salah satu komen balas yang kedengaran seperti berlagak iaitu berbunyi "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri".
Komen tersebut telah dibuat bagi membalas status salah seorang peminat di laman facebook yang sebelumnya telah memberikan cadangan penambahbaikan kepada rekabentuk tudung fareeda agar memenuhi syarat Islam dan dijual pada harga yang murah sedikit .
Oleh yang demikian , pengendali Mawar Fareeda Fanpage telah menyatakan permohonan maaf mereka secara terbuka dan turut memberitahu, fanpage facebook tersebut bukan dikendalikan oleh isteri Fizo Omar tetapi diurus oleh 5 admin lain.


0 Response to "Akhirnya Mawar Fareeda mohon maaf"
Post a Comment