APA LAGI MACAI UMNO MAHU!!!! ...


Ini baru betul pemimpin berjiwa rakyat ... akan pertahan rakyat .. memahami rintihan dan keluhan rakyat .. merasai kepayahan dan kesusahan rakyat .

Ingatkan para menteri UMNO/BN saja yang mempunyai daya pemikiran begitu .. rupa-rupanya sudah berjangkit ketaraf ahli parlimen biasa ... hebat sungguh .. tidak rugi macai-macai UMNO pilih dan angkat dia sebagai pemimpin UMNO dan ahli parlimen.

Bukannya macam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat .. asyik sibuk mau hapuskan GST kerana jika dilaksanakan rakyat berpendapatan rendah terpaksa bayar harga lebih mahal dari sedia ada untuk beli kek dan biskut.

Tapi Ahli Parlimen UMNO yang hebat ini cakap ... kalau rakyat tidak mampu beli buatlah kek dan biskut sendiri.

Tidak rugi mak cik-mak cik FELDA dan warga pendalaman termasuk pengundi awal dan pos memberikan sokongan kepada UMNO pada PRU 13 lalu.

Jangan terkejut jika ada pemimpin UMNO/BN akan berkata selepas ini .. JIKA TIDAK MAMPU BIAYA KOS PERUBATAN DI HOSPITAL .. UBATLAH DIRI SENDIRI ATAU GUNA KHIDMAT DUKUN ATAU BOMOH ATAU JANGAN SAKIT!!!!

Related Posts :

0 Response to "APA LAGI MACAI UMNO MAHU!!!! ..."

Post a Comment