Azad Jazmin bakal berganding dengan aktres Bollywood?


Aktor asal dari Pulau Pinang, Azad Jazmin mendedahkan bahawa dia telah menerima tawaran daripada sebuah produksi filem untuk berlakon di samping aktres Bollywood terkenal, Lara Dutta.



Azad Jazmin bakal berganding dengan aktres Bollywood?, pelakon, hiburan, info,



Bersyukur dengan tawaran lakonan yang tidak pernah putus selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres Eira Syazira dan menimang cahaya mata, Azad bagaimanapun memberitahu semuanya masih lagi dalam perbincangan.





"Pada awalnya saya fikir isteri hanya ingin mempermainkan saya kerana dia yang menjawab panggilan berkenaan.

"Tetapi apabila isteri menerangkan semuanya, rupa-rupanya ia adalah sesuatu yang benar. InsyaAllah, semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Azad turut memberitahu, pihak produksi filem juga sanggup menghantar seorang tenaga pengajar untuk mengajarnya bahasa Hindi.

Menganggap ia sebagai satu peluang untuk melebarkan sayap di peringkat antarabangsa, Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri mengakui dia sudah bersedia.

"Saya sudah bersedia untuk ke arah itu. Tiada masa lagi untuk bermain-main dan saya sangat bersyukur dengan tawaran yang diberikan.



"Lebih-lebih lagi apabila saya kini sudah pun bergelar seorang bapa. Jadi saya kena persiapkan diri untuk memberi anak dan isteri saya makan, jika tak bersedia maka susahlah," jelasnya lagi.

Walaupun sibuk dengan karier seni, Azad tetap berusaha untuk meluangkan masa dengan puteri sulungnya, Ammara Sofea Rose yang kini sudah berusia 16 bulan.

"Saya tidak mahu hal seperti ayah tidak kenal mak dan ayahnya akibat daripada kesibukan kerja. Janganlah perkara seperti itu terjadi dalam keluarga saya," tambahnya.



Dalam perkembangan lain, Azad bakal muncul dengan filem terbaru arahan Ernie Chen iaitu "Suatu Malam Kubur Berasap 2" yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 12 Jun ini.

Selain daripada itu, beberapa buah filem lakonannya iaitu "Mamak Cupcake", "Pilot Cafe", "Tujuh" dan "Showdown" sedang menunggu tarikh untuk ditayangkan.

Azad kini sibuk dengan penggambaran filem "Kelip-kelip" yang turut dilakonkan oleh Keith Foo dan bakal membintangi filem "Poskad From Itali".


Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Azad Jazmin bakal berganding dengan aktres Bollywood?"

Post a Comment