Notis 10 hari di bawah PAA diisytihar tidak sah
Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang mengkehendaki rakyat memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan protes, adalah tidak sah.Mahkamah tersebut mengisytiharkan bahawa hukuman di bawah
Seksyen 9 (5) - denda RM10, 000 - juga tidak sah.
Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.
Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.
Panel tersebut diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang berkata, tidak ada dalam Akta itu yang membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.
Dua lagi hakim ialah bekas Presiden Peguam Malaysia Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.
0 Response to "BERITA GEMBIRA YANG DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT .... KEPERLUAN MEMBERI NOTIS 10 HARI KEPADA PIHAK BERKUASA DIBAWAH SEKSYEN 9(1) AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PAA) ADALAH TIDAK SAH!!!!"
Post a Comment