Berkelakuan Kurang Manis Di Tempat Awam






Petaling Jaya: “Tak adalah kami melekat saja. Kami masing-masing ada kerja sendiri. Saya pun tak tahu nak komen apa bila orang cakap kami terlalu mesra dan macam belangkas,” luah pelakon Nur Fathia mengenai dakwaan orang ramai yang sering melihat dirinya dan kekasih, aktor Aiman Hakim Ridza berkelakuan ‘sumbang’ di tempat awam.

Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 26, berkata, tuduhan dilemparkan itu sesuatu yang pelik kerana mereka tidak akan berkelakuan seperti itu terutama di depan khalayak.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh timbul benda ini.

Setahu saya, kami tidak pernah buat benda bukan-bukan dan tidak manis apatah lagi di tempat awam.
“Sudah tentu kami boleh fikir dan tahu batas-batasnya.

Bila orang dakwa kami selalu dilihat buat benda bukan-bukan, saya pun tak tahu nak komen macam mana.
“Apa pun saya hargai keprihatinan peminat dan akan lebih peka dalam tingkah-laku supaya disenangi,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pasangan yang mulai intim sejak setahun kebelakangan ini dipercayai bercinta berdasarkan cakap-cakap orang sekeliling dan kemesraan mereka ketika menghadiri majlis hiburan dan di luar waktu kerja.

Bagaimanapun, sama ada Fathia atau Aiman, 24, tidak pernah mengesahkan status sebenar hubungan mereka secara rasmi di media.

Fathia berkata, selagi hubungan itu tidak mempunyai sebarang ikatan sah, dia lebih selesa menggelarkan hubungan berlandaskan persahabatan saja.

“Saya tak nak beritahu orang ramai kami bercinta atau apa.

Tak seronoklah cakap apa-apa selagi tak ada jodoh.

“Saya tak nak nanti sudah beria-ia canang, lepas itu kalau putus jadi tak sedap pula.

Lebih baik kami anggap kawan rapat saja,” katanya.

Tambahnya, Aiman menepati ciri lelaki idaman kerana kematangannya dan bijak dalam berkomunikasi.

“Kalau ikutkan umur memanglah dia lebih muda, tapi dia berpendidikan dan pandai.

Saya selesa berkomunikasi dengannya.

“Pada saya, dia calon suami sempurna.

Doakanlah kami ada jodoh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fathia berharap peminat novel The Wedding Breaker tidak membandingkan karakter Ariana dalam novel itu dengan versi drama bersiri Ariana Rose.

“Saya harap peminat faham drama ini adaptasi.

Kita adaptasi ikut kesesuaian bajet, lokasi dan benda lain tak boleh jadi 100 peratus ikut novel.

“Bagaimanapun, saya berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan watak itu memenuhi jangkaan peminat.

Saya harap ia diterima nanti,” katanya yang bakal muncul dengan drama bersiri itu bermula 30 Disember ini di TV3.

0 Response to "Berkelakuan Kurang Manis Di Tempat Awam"

Post a Comment