[ Bola Sepak ] Jurulatih Manchester United David Moyes dipecat!


Pemilik kelab Manchester United, Keluarga Glazer kini hilang sabar dengan percaturan yang dibuat oleh pengganti Sir Alex itu pada musim ini. David Moyes mungkin akan kehilangan tugasnya pada musim panas nanti.

bola sepak, BPL, info, Jurulatih Manchester United David Moyes dipecat!, Liga Inggeris, sukan, terkini,





1. Moyes akan dipecat dan berkemungkinan akan pergi hari esok.



2. Keluarga Glazer kini hilang sabar  selepas permainan buruk yang ditunjukkan Man Utd pada musim ini.



3. Ia bertambah malang buat Moyes selepas kalah 2-0 pada Ahad lalu menentang kelab lamanya, Everton.



4. United kini berada di tangga ke-7  dengan beza 13 mata dari kedudukan ke-4 liga.



5. Giggs akan diminta menjadi pengganti sementara selepas Moyes dipecat nanti.


 

Menurut sumber, David Moyes akan dipecat pada waktu yang terdekat.

Pemilik kelab, Keluarga Glazer kini hilang sabar selepas melalui musim yang cukup memalukan buat juara bertahan itu yang kini menghuni tangga ke-7 liga.






Yang disebut-sebut akan menggantikan Moyes adalah jurulatih Dortmund Jurgen Klopp, Atletico Madrid Diego Simeone dan Louis van Gaal yang kini jurulatih Belanda.


Sumber : newmalaysianpost.com

0 Response to "[ Bola Sepak ] Jurulatih Manchester United David Moyes dipecat!"

Post a Comment