ENGKU EMRAN MAHU RUJUK SEMULA, "INI BUKAN PERKARA KECIL" -ERRA FAZIRA

Nampaknya niat Engku Emran untuk berbaik semula dengan dirinya telah membuatkan Erra Fazira tertekan. Kami memahami perasaan Erra. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Nak cakap “ya” pun tak boleh, nak cakap “tidak” lagilah tak boleh. Walaupun penyatuan semula adalah satu perkara yang sangat baik, sedikit sebanyak liputan yang diberikan terhadap usaha bekas suaminya pasti menganggu emosi Erra Fazira.




Berkata kepada Harian Metro, Erra Fazira menegaskan bahawa hal ini adalah bukan satu perkara yang mudah. Kata Erra:-

Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa. Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya. Beautifulnara

0 Response to "ENGKU EMRAN MAHU RUJUK SEMULA, "INI BUKAN PERKARA KECIL" -ERRA FAZIRA"

Post a Comment