Fadzil akui hubungan dengan Yana Samsudin


Sejak penghujung tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai hubungan intim yang terjalin antara jejaka kacak, Fadzil Zahari, 31 dan gadis manis berlesung pipit, Yana Samsudin, 29.








Fadzil akui hubungan dengan Yana Samsudin, hiburan, pelakon, gossip, yana samsudin bercinta dengan adik farid kamil
Hubungan rapat antara Fadzil dan Yana bermula sewaktu penggambaran filem Rempit V3.



Bagi sesiapa yang tidak mengenali Fadzil, dia adalah adik kepada aktor kacak Farid Kamil dan baru-baru ini ketika ditemui pada majlis pelancaran produk wangian Downy, dia mengakui sedang menjalin hubungan dengan aktres tersebut.


 


Mempunyai perwatakan yang agak pemalu, bagaimanapun Fadzil menegaskan bahawa hubungan yang terjalin antara mereka tidak lebih daripada sekadar kawan rapat yang saling berkongsi pelbagai cerita suka dan duka.

?Sejujurnya, kami mula rapat ketika sedang menjalankan penggambaran filem Rempit V3 di Kedah, empat tahun lalu. Ketika itu, saya merupakan penulis skrip filem tersebut, manakala Yana adalah penolong pengarah dan ia diarahkan oleh abang saya, Farid.

?Sepanjang penggambaran yang memakan masa hampir sebulan di sana, saya dapat rasakan Yana seorang mempunyai idealogi yang sama dengan saya. Senang cerita, kami sekepala walaupun karakter kami berbeza.

?Sejak itu, sesekali kami meluangkan masa berdua dan keserasian semakin lama semakin dirasakan. Akan tetapi, ia belum lagi beralih ke fasa percintaan memandangkan kami teramatlah sibuk dengan karier masing-masing," cerita Fadzil kepada Hits.

Menyentuh mengenai jodohnya dengan Yana, Fadzil sedikit pun tidak menolak ketentuan itu memandangkan Allah yang mengatur takdir tersebut.

Katanya, perhubungan mereka sudah menampakkan kematangan dan jika dijodohkan, dia akan menerima Yana dengan hati yang terbuka dek kerana wanita itu amat baik terhadapnya.

?Namun begitu, disebabkan saya baharu sahaja menubuhkan syarikat sendiri, keutamaan lebih diberikan terhadap perniagaan saya berbanding hubungan kami. Saya lebih gemar mengikut sahaja rentak selanjutnya. Jika ada jodoh, tidak akan ke mana. Tiada lagi sebarang perancangan ke arah perkahwinan," jelasnya.

Farid dan Diana merestui

Mengetahui hubungan rapat yang terjalin antara adik dan rakan baiknya, Farid tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi amat menyokong segala tindak tanduk yang dilakukan Fadzil selagi ia tidak melampaui batas.

Menurut Farid, dia tidak pernah tanya secara langsung kepada Fadzil tentang hal peribadinya, namun menyedari keakraban yang terjalin antara mereka berdua.

? Dia pun dah besar. Jadi saya tidak perlu campur hal peribadinya. Pun begitu, saya sedar mereka mula rapat ketika penggambaran Rempit V3 kerana sering 'ditangkap' berdua," katanya berseloroh.

Tambah Farid, jika ditakdirkan Yana menjadi adik iparnya, dia menerima aktres tersebut dengan restu sebagai abang, apatah lagi Yana adalah rakan seangkatan dengannya.

?Saya dan Yana membesar sama-sama dalam industri dan amat mengenalinya. Saya tahu dia mampu menjadi isteri yang baik kepada Fadzil jika mereka disatukan.

?Lagipun bukan saya yang menetapkan kriteria bakal adik ipar saya, sesiapa jua yang dipertemukan jodoh dengan Fadzil, saya tidak kisah dan mendoakan rumah tangga mereka bahagia hingga ke jannah," katanya.

Bagi Diana Danielle pula, sesuatu yang amat menggembirakan jika hubungan antara Fadzil dan Yana berjalan lancar hingga ke jenjang pelamin.

?Saya tumpang gembira kalau mereka berkahwin kerana begitu cocok. Ibarat pinang dibelah dua. Hanya doa sahaja yang mengiringi perhubungan mereka. Kami menantikan detik itu," katanya ringkas.

Artikel Penuh : utusan.com.my

0 Response to "Fadzil akui hubungan dengan Yana Samsudin"

Post a Comment