Jika tidak ditunda penganjuran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2013 kepada satu tarikh yang dijangka pada bulan depan dan bakal diumumkan kelak, semestinya saat ini keputusan senarai selebriti yang bertanding dalam acara kebangaan akhbar BH itu sudah diketahui umum.
Tetapi, atas sikap perikemanusiaan, tanda keprihatinan dan simpati terhadap nasib pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, keputusan penganjur menangguhkan acara kemuncak itu yang sepatutnya berlangsung 6 April lalu di Arena of Stars, Genting Highlands, disifatkan langkah wajar.
Bagi Fara, penundaan itu juga secara jelas menambah lagi rasa tanggungjawabnya sebagai nadi kepada malam kemuncak acara berkenaan.
Bagi Amy Mastura, keputusan menunda ABPBH2013 ke tarikh lain sebagai ruang menghormati situasi dalam negara dan simbolik rakyat prihatin serta sedia berkabung atas tragedi pesawat malang MH370. -BH


0 Response to "Fara dan Amy mahu kurus di pentas ABPBH"
Post a Comment