Fasha Sandha Tipu Dazrin ?


Sebagaimana yang kita tahu, ada perselisihan faham antara pelakon popular Fasha Sandha dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Dazrin Kamaruddin. Ia seperti berlanjutan apabila turut melibatkan tunang Dazrin, Amyra Rosli.



Fasha Sandha Tipu Dazrin ?, info, hiburan, pelakon, gossip, salah faham artis,



Puncanya bermula dengan kritikan Fasha diatas masalah disiplin Dazrin. Kemudian, apabila isu itu sedikit reda, Fasha sekali lagi dengan lantangnya mengkritik Amyra pula dengan isu yang lebih kurang sama.







Sebelum itu, Dazrin sudah mohon maaf kepada Fasha namun ia nampak seperti kembali memanaskan situasi selepas Fasha mengkritik Amyra dan dilihat seperti Fasha suka mencari kesilapan mereka.

Apabila diminta mengulas mengenai isu ini, Dazrin bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara tersebut kerana dia yakin kebenaran akan berpihak kepadanya suatu hari nanti.

“Apa sahaja isu di antara saya dan Fasha sebelum ini telah pun selesai dan tiada isu berbangkit mengenai perkara itu malah saya sudah memohon maaf atas kejadian tersebut. Biarlah apa pun yang hendak dia kata kerana itu haknya dan pada akhirnya orang akan tahu juga kebenarannya.”


Sumber : ammboi.com

0 Response to "Fasha Sandha Tipu Dazrin ?"

Post a Comment