FIZO OMAR BERITAHU ORANG NAK BELI TUDUNG KELUARAN BINI DIA KENA BERATUR SEAWAL JAM 4.00 PAGI SEMATA-MATA NAK DAPATKAN NOMBOR GILIRAN .... PERGH!!!! ... DAHSYAT!!!!!



Hebat sangat ke tudung jenama Fareeda ni???  .. Walaupun mahal nak beli kena beratur seawal jam 4.00 pagi .. ertinya rakyat yang kelas berada dan berduit pun kena beratur seawal jam 4.00 pagi untuk mendapatkan baru nombor giliran .. dahlah kena beratur seawal jam 4.00 pagi nak beli tudung dalam lingkungan harga RM200 sehelai tapi hanya boleh beli 2 tudung sahaja.

Berduit .. kena beratur seawal jam 4.00 pagi dipintu kedai hanya untuk dapatkan nombor giliran .. dah dapat nombor kena tunggu baru boleh masuk .. dah boleh masuk hanya dibenarkan boleh beli 2 tudung sahaja ... Ada banyak mana duit pun bolayan.

Fuyooooo!!!!! ... dahsyatnyaaaaaaa!!!!! .... Ingatkan bini dia Mawar Karim yang cakap besar berdegar, angkuh dan sombong ... suami dia pun sama jugak kerana nak pertahankan kesombongan bini dia.

Ditegur katanya dengki khianat iri hati ... untuk makluman Fizo suami isteri  .. tiada siapa nak iri hati dan dengki pun tapi geram kerana rasa dihina dengan kata-kata sombong angkuh.

Nak serbu pasar malam ajak KPDNKK kerana isu paten rakyat tidak bising tapi hina rakyat yang tak mampu beli kalau berhajat nak miliki tudung jenama Fareeda kena menabung itu buat rakyat terguris hati.

Mula-mula bini dia hina rakyat yang tidak mampu beli walaupun berhajat kini giliran suami dia pula hina rakyat yang berduit pula??????

Inilah dinamakan bercakap sombong untuk tutup kesombongan yang lain!!!!!
Pelakon, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.

1. Stok terhad – Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200

“Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran.”

2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.

“Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.”

3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif

“Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong.”

4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang ingin berfesyen....

0 Response to "FIZO OMAR BERITAHU ORANG NAK BELI TUDUNG KELUARAN BINI DIA KENA BERATUR SEAWAL JAM 4.00 PAGI SEMATA-MATA NAK DAPATKAN NOMBOR GILIRAN .... PERGH!!!! ... DAHSYAT!!!!!"

Post a Comment