Mungkin
tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila
Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun.
Pada pengamatan penulis, Wan Nur
Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering
tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid
sedikit dikritik peminat di laman sosial.
Bagaimanapun, Sheila yang ditemui
dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam
mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut.
Menurut aktres kelahiran Singapura
itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses
pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.
"Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun.
Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran.
Adakalanya kita kena
buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi
dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.
"Bagi saya pada umur sekarang dia nak
pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya
marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak
adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.
"Saya pernah bagitahu wartawan
sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang
membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah
anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.
"Bagi dia peluang untuk membesar,
biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga
pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak
peduli."
Apapun, mari skodeng beberapa gambar
jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila
Majid. Bak kata pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi."
0 Response to "GAMBAR ANAK DARA DATUK SHEILA MAJID, WAN NUR KHALEDA HANYUT BERSOSIAL TERSEBAR"
Post a Comment