GAMBAR LELAKI SANGGUP MENCURAHKAN PETROL KE BADAN LALU MEMBAKAR DIRI DI JOHOR BAHRU

 
 
Seorang lelaki cina warga singapura yang dikenali sebagai Ho Peng, 42, membakar dirinya dengan petrol di Johor Bahru pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pekerja stesen minyak di Plaza Pelangi enggan menjual 4 liter petrol kepada Ho Peng kerana dia tidak mempunyai kenderaan.

Drama kemuncaknya, Ho Peng mengangkat nozzle pam dan mengugut untuk membakar dirinya jika mereka masih bekeras enggan menjual petrol kepadanya.

Bimbang dengan keselamatan lelaki itu, pemilik stesen minyak terbabit akhirnya menjual 4 liter petrol seperti yang dipinta oleh lelaki itu.


Ho Peng kemudian berjalan ke jalan utama dan duduk di tepi jalan. Dia kemudiannya mencurahkan dirinya dengan petrol dan memetik api lalu membakar dirinya.

Dalam keadaan yang masih terbakar, Ho Peng terjatuh ke dalam longkang. Dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak memadamkan api di badannya dengan pemadam api.

0 Response to "GAMBAR LELAKI SANGGUP MENCURAHKAN PETROL KE BADAN LALU MEMBAKAR DIRI DI JOHOR BAHRU"

Post a Comment