KENA SAMAN KERANA BERPAKAIAN TIDAK KEMAS KETIKA MEMANDU??????


Kali pertama Omak Kau dengar ianya menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 tidak berpakaian kemas ketika memandu.

Berpakaian kemas ini adalah subjektif ... lain orang lain pandangan dan penilaiannya .. kalau berbogel itu sepakat sekata ianya tidak senonoh .. tetapi menyaman pemandu kerana berpakaian tidak senonoh inilah kali pertama Omak Kau dengar .

Berlaku awal pagi tadi Banting, Selangor ..

Ikut hukum akal logik sudah pasti kenderaannya ada cukai jalan, mempunyai lesen memandu yang sah, tayar kereta ok .. tidak cermin gelap .. nombor plat ikut saiz dibenarkan .. pakai tali pinggang keselamatan ketika memandu .. tidak dibawah pengaruh alkohol ketika memandu .. tidak langgar lampu isyarat ... tidak memotong dikawasan yang tidak dibenarkan .. tidak memandu melebehi had laju .. lampu kenderaan termasuk lampu isyarat dan lampu brek ketiga berfungsi dengan baik.

Dia di saman oleh anggota polis Peronda Lebuh Raya Malaysia Cawangan Trafik Bukit Aman .. sudah pasti disaman di lebuh raya.

Mohon pihak berwajib memberikan penjelasan mengenai saman Pol 257 ini demi pencerahan untuk menggelak kekeliruan dan cemuhan rakyat.

0 Response to "KENA SAMAN KERANA BERPAKAIAN TIDAK KEMAS KETIKA MEMANDU??????"

Post a Comment