KENYATAAN ANAK TOWKEY DAN MODEL TUDUNG JENAMA FAREEDA MERANGKAP ISTERI FIZO OMAR YANG SOMBONG DAN ANGKUH SEHINGGA MENGURIS HATI RAKYAT!!!





Kisah bermula dari kenyataan tidak ulang pakai tudung yang sama sehinggalah meleret ke kisah jika tidak mampu pakai barang berjenama disuruh menabung hinggalah melatah ke isu syarikat tudung keluaran jenama Fareeda bukannya ada kena mengena dengan urusan dakwah atau keagamaan maka kini Mawar Abdul Karim model, anak kepada towkey tudung jenama Fareeda merangkap isteri kepada pelakon Fizo Omar sudah mula mendapat cemuhan dan kritikan pedas dari rakyat yang rata-rata menanggap ianya suatu kenyataan yang sombong, angkuh besar kepala dan lupa diri serta memperlekehkan rakyat yang tidak mampu milik tudung jenama Fareeda.

Suara keras dan tegas sudah mula kedengaran agar di boikot saja tudung jenama Fareeda... Pada pandangan ikhlas Omak Kau suatu saranan dan desakan yang bernas dan patut.

Apakah dengan berkata-kata sedemikian dirinya akan dilihat sebagai hebat dan dikagumi??????

Tujuan asal dan asas wanita Melayu/Islam bertudung ialah kerana tuntutan agama yang menyuruh menutup aurat bukannya beli tudung harga ratusan ringgit tetapi tidak menepati piawaian yang ditentukan oleh Agama Islam.

Biar bertudung murah tetapi menutup aurat pada bayar ratusan ringgit tapi masih mendapat dosa.

ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA.

Related Posts :

0 Response to "KENYATAAN ANAK TOWKEY DAN MODEL TUDUNG JENAMA FAREEDA MERANGKAP ISTERI FIZO OMAR YANG SOMBONG DAN ANGKUH SEHINGGA MENGURIS HATI RAKYAT!!!"

Post a Comment