Kes Bapa Saudara Dera Kanak-Kanak Hingga Maut


Terbaru,  kes dera kanak -kanak dilaporkan berlaku di Kuching, Sarawak. Mangsa, Ellysha Natasha, 6 tahun, dipercayai telah didera oleh bapa saudaranya sendiri sehingga menyebabkan kematian.



Kes Bapa Saudara Dera Kanak-Kanak Hingga Maut , info, terkini, berita, kejam, kuching,



Siasatan awal mendapati, mangsa yang merupakan pelajar pra-sekolah  Sekolah Kebangsaan Sageng didapati mempunyai bekas gigitan di tangan. Selain itu, mangsa juga mungkin telah didera secara seksual kerana terdapat  kesan pendarahan di bahagian kemaluan.


Suspek yang merupakan bapa saudara mangsa telah ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Turut ditahan  adalah ibu saudara mangsa yang bekerja sebagai guru.

Ellysha  Natasha diserahkan oleh ibunya kepada keluarga itu untuk penjagaan, memandangkan dia terpaksa bekerja di Serian. Suspek, 46 tahun,  merupakan seorang kakitangan di sebuah sekolah.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat itu dijangka diketahui pada Ahad.

Sumber : Mstar, Utusan Malaysia dan Buletin Utama TV3

0 Response to "Kes Bapa Saudara Dera Kanak-Kanak Hingga Maut"

Post a Comment