Tag : Kronologi Cikgu Sekolah Bunuh 20 Ekor Kucing Jiran di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor
- Seorang cikgu sekolah yang tinggal di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor telah meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasan inap desa miliknya
- Sebelum ini, cikgu sekolah tersebut telah menegur beberapa kali kepada jiran berdekatan (pemilik kucing-lucing tersebut)
- Perbuatan cikgu sekolah telah menyebabkan penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor tidak berpuas hati & menganggap perbuatan itu keterlaluan memandangkan pelakunya ialah seorang pendidik
- Kucing-kucing itu dikatakan diberi makan nasi yang digaul dengan ikan dan racun yang kemudiannya diletakkan berhampiran inap desa tersebut
- Satu keluarga telah kematian 12 ekor kucing peliharaan sementara penduduk-penduduk lain juga ada yang kematian kucing, yang kesemuanya berjumlah 20 ekor ditemui dengan mulut berdarah.
- Penduduk Kampung Taman Seri Waja berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik inap desa @ cikgu sekolah tersebut yang dikatakan tidak takut dengan tindakan undang-undang
Sumber Artikel - Beritasemasa.com.my
0 Response to "Kronologi Cikgu Sekolah Bunuh 20 Ekor Kucing Jiran di Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor !"
Post a Comment