Lahore – Polis di Pakistan kini menjadi bahan jenaka. Semuanya selepas mereka mendakwa seorang bayi berusia sembilan bulan, Musa atas tuduhan merancang pembunuhan.
Polis mendakwa Musa cuba membunuh anggotanya dengan membaling batu ketika operasi diadakan.
Tertuduh dikenakan ikat jamin ketika dia dihadapkan di hadapan Hakim Rafaqat Ali. Dia didakwa bersama dengan datuknya, Muhammad Yasseen dan bapa saudara.
Ketika dihadapkan di mahkamah, bayi itu mula menangis dan terpaksa diberikan susu oleh bapanya.
Menurut fakta kes, Musa menyerang kakitangan sebuah syarikat gas ketika mereka menyerbu rumahnya di Muslim Town. Musa juga dikatakan cuba membunuh anggota polis dengan membaling batu.
Selepas kes berkenaan mendapat liputan meluas media, barulah Ketua Menteri Punjab, Shahbaz Sharif mengetahui mengenainya dan meminta laporan daripada Ketua Polis Punjab berhubung kejadian itu.
Shahbaz juga meminta supaya tindakan tegas diambil ke atas pegawai polis yang bertanggungjawab dalam memfailkan kes terhadap bayi berusia sembilan bulan itu, lapor Mynewshub.
0 Response to "LUCU TAPI BENAR, BAYI 9 BULAN DIDAKWA ATAS CUBAAN MEMBUNUH !"
Post a Comment