MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN NAIKKAN HARGA LESEN PERNIAGAAN BERGANDA KERANA SUDAH TIDAK MAMPU BAYAR GAJI KAKITANGANNYA????



KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menegaskan kenaikan harga lesen perniagaan dikenakan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) kepada peniaga di kawasan pentadbirannya adalah munasabah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kenaikan itu berasaskan perkembangan semasa kerana MPD terpaksa menanggung kos pengurusan yang sentiasa meningkat, selain ia tidak pernah dinaikkan sejak puluhan tahun lalu.

“Kenaikan juga berlaku di tempat lain dan justifikasi dibuat berasaskan saiz serta jenis perniagaan,” katanya ketika menjawab soalan Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) yang bertanyakan rasionalnya kenaikan berganda lesen perniagaan dikenakan MPD.

Ditanya sama ada kerajaan sedar kenaikan itu akan bebankan peniaga dan pengguna, Ahmad berkata, perkara itu tidak seharusnya timbul kerana bayaran lesen hanya dibuat setahun sekali, berbanding keuntungan harian diraih peniaga.

Katanya, kerajaan prihatin dengan keadaan rakyat, namun akhirnya terpaksa menetapkan harga baharu berikutan sumber kewangan PBT tidak memuaskan.

“Puluhan tahun kita tak naikkan harga, tapi ini tak adil untuk PBT yang mana kos  bayaran gaji dan pengurusan meningkat berkali ganda.

“Saya mohon wakil Sura teliti laporan bajet MPD dikeluarkan Audit (Negara) kerana (pendapatan) RM17 juta itu sebenarnya dicampur dengan suntikan bantuan geran kerajaan negeri. Jika tidak (ada geran), MPD tak mampu bayar gaji kakitangan” katanya.

0 Response to "MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN NAIKKAN HARGA LESEN PERNIAGAAN BERGANDA KERANA SUDAH TIDAK MAMPU BAYAR GAJI KAKITANGANNYA????"

Post a Comment