Mari Baca, Apa Sebab Ayu Bercadang Untuk Berhenti Hamil?


Setelah mengambil keputusan untuk tidak hamil dalam masa terdekat ini, penyanyi Ayu Damit mengambil anak angkat yang baru lahir untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya.



Ayu Bercadang henti hamil?, hiburan, info, ayu damit ambil anak angkat,



Ayu berkata dia kini mahu fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni serta perniagaan pertanian yang baru diceburinya dan tidak mahu kehamilannya nanti menggangu perjalanan kariernya yang sedang meningkat naik.


“Saya baru sahaja mengambil anak angkat pada awal tahun ini ketika dia baru lahir. Tapi saya sudah menghantarnya ke kampung saya di Sabah untuk dijaga oleh mak saya sementara dia masih kecil.



Ayu Bercadang henti hamil?, hiburan, info, ayu damit ambil anak angkat,



“Saya rasa gembira bila anak ini hadir kerana di ketika ini saya memamg tidak mahu hamil lagi. Anak saya pun sudah ada 2 orang dan anak suami bersama bekas isterinya juga sudah 2 orang.

“Buat masa ini cukuplah dulu kerana saya sekarang pun baru mulakan perniagaan pertanaan seperti kelapa dan nenas di Perak. Jadi agak sibu sedikit nak tunggu ia berhasil selepas Hari Raya,” katanya kepada murai.com.my

Penyanyi daripada rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu ditemui di Majlis Showcase dan Hi Tea Ayu OIAM di Hotel Royal, Sabtu lalu.

Anak angkatnya yang diberi nama Nur Qalisya Humairah itu kini sudah berusia lima bulan. Manakala anak kandungnya sendiri sudah berusia lima tahun iaitu Syed Nashrul Haikal dan Sharifah Alya Adriana berusia empat tahun.

Bercakap mengenai perkembangan karriernya kini, Ayu memberitahu dia bersyukur kerana rezeki memenuhi undangan menyanyi daripada hotel dan syarikat korporat tidak pernah henti walaupun dia kini kurang muncul di kaca televisyen.

“Saya tahu ramai ingat saya sudah tidak wujud dalam industri ini tetapi sebenarnya saya tidak pernah berhenti dalam bidang nyanyian kerana masih lagi memenuhi jemputan nyanyian.

“Malah selepas muncul dengan single Hati Ini pada tahun lalu, saya kini bakal masuk studio untuk merakamkan 2 lagi single baru akan datang,” jelasnya.-Murai

0 Response to "Mari Baca, Apa Sebab Ayu Bercadang Untuk Berhenti Hamil?"

Post a Comment