Masih mencari tarikh sesuai untuk penikahan – Farhan AF4


Sudah lebih dua tahun penyanyi dan bintang Akademi Fantasia 4, Farhan Azizan, 30 mengikatkan tali pertunangan  dengan pasangannya Ahmad Rashdan Suhaimi,30, tetapi masih belum dinikahkan lagi.



Masih mencari tarikh sesuai untuk penikahan – Farhan AF4, hiburan, info, penyanyi, bekas bintang AF



Lantaran itu, ramai pihak seperti peminat termasuk keluarga daripada kedua-dua pihak  mula bertanyakan bilakah pasanga itu ingin menamatkan zaman solo mereka kerana dianggap sudah terlalu lama tali pertunangan diikat oleh mereka berdua.





Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Farhan berkata dia dan bakal suaminya masih mencari tarikh yang paling sesuai dalam tahun ini dan berjanji akan memaklumkan kepada semua pihak apabila semuanya telah diputuskan.

“Memang masa bertunang dulu, keluarga saya dan keluarga tunang saya tidak meletakan tarikh tertentu. Saya tahu usia pertunangan kami telah mencecah lebih dua tahun, termasuk lapan tahun usia kami berkenalan.

“Semuanya kerana faktor masa. Terus terang saya dan tunang kini sibuk menguruskan kerjaya masing-masing terutama Rashdan yang baru saja berkhidmat dalam dunia automatif selepas meninggalkan kerjayanya yang lama,” katanya pasrah.

Farhan dan Ahmad Rashdan telah mengitakt tali pertunangan dalam sebuah majlis indah di Café Flora, Jalan Ampang pada tanggal 12 Februari 2012.

Menurut Farhan apa yang lebih utama agar majlis pernikahan mereka itu nanti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah terutama bagi memastikan setiap tetamu jemputan akan gembira berada pada majlis perkahwinan mereka itu nanti.






Jelasnya, dia dan bakal suami telah seia sekata untuk merancang segala perjalanan majlis perkahwinan itu nanti memandangkan terdapat ramai tetamu daripada kedua-dua belah pihak dan juga rakan mereka serta teman rapat akan diundang ke majlis itu.

“Saya tahu memang ramai yang tertanya-tanya tentang hal ini. Bukannya kami sengaja melengah-lengahkan tetapi semuanya kerana faktor masa dan perancangan.

“Buat masa sekarang separuh daripada persiapan sudahpun siap seperti hadiah kecil-kecil yang akan menjadi buah tangan tetetamu sudahpun kami cari bersama-sama.

“Maklum sajalah, untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Terutama sekali apabila ianya melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga.

“Apa yang boleh saya katakana di sini, bila sampai hari dan masanya nanti pasti akan kami umumkan. InsyaAllah semuanya akan berjalan pada tahun ini juga,” katanya.


Sumber : newmalaysianpost.com

0 Response to "Masih mencari tarikh sesuai untuk penikahan – Farhan AF4"

Post a Comment