Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin hari ini menafikan kerajaan negeri itu akan mengubah cuti hujung minggu sedia ada iaitu pada Jumaat dan Sabtu kembali ke hari Sabtu dan Ahad semula.
Ketika ditanya mengenai entri yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini mengenai kerajaan negeri itu mungkin menukar cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu yang berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini, Mohamed Khaled berkata, 'tidak ada perkara seperti itu'.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu pada November tahun lalu yang dikuatkuasakan terhadap semua jabatan dan agensi kerajaan tetapi sebagai pilihan kepada sektor swasta.
Pertukaran itu dibuat bagi memudahkan umat Islam di Negeri Johor untuk menunaikan ibadah Solat Jumaat. - mStar
0 Response to "MB KHALED NORDIN: CUTI HUJUNG MINGGU NEGERI JOHOR KEKAL JUMAAT & SABTU"
Post a Comment