Dipotong,
GAJINYA,
IBRAHIM,
Kecil,
Khalid,
lebih,
melampau,
MENJADIKAN,
negeri,
SELANGOR,
SPEAKER,
sudah
Edit
MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM SUDAH MELAMPAU!!! ... GAJINYA DIPOTONG MENJADIKAN GAJINYA LEBIH KECIL DARI EXCO DAN SPEAKER NEGERI SELANGOR!!!
Apalah punya perangai Dato' Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim ni...
Buat keputusan sampai gajinya lebih kecil dan sedikit dari seorang Exco dan Speaker Negeri Selangor .. banyak sikit dari ADUN dan Timbalan Speaker.
Itu hari bsing gegak gempita riuh rendah macam nak runtuh langit bila buat pengumuman yang gaji MB, Exco, Speaker dan ADUN negeri Selangor dinaikkan ..
Nah nak tengok .. mereka yang tentang apa komen... jangan senyap pula ya...
Kerajaan Selangor memutuskan untuk memotong gaji menteri besar, exco, speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan timbalan speaker selepas menerima kenaikan pada awal 2014, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri Besar Selangor itu berkata, bagi gaji dan elaun menteri besar, kenaikan gaji kepada RM29,250 dipotong sebanyak RM15,074.86 menjadi RM14,175.15.
Katanya, gaji baru exco yang sepatutnya berjumlah RM20,250 pula dipotong sebanyak RM5,250 menjadi RM15,000.
Sementara Speaker DUN pula yang menerima kenaikan RM24,500 dipotong sebanyak RM7,500 menjadi RM15,000.
Timbalan Speaker DUN yang menerima kadar kenaikan gaji paling tinggi sebanyak RM15,750 dipotong RM3,750 menjadi RM12,000 .
Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dikekalkan kepada RM11,250.
“Jumlah pemotongan gaji itu akan disalurkan ke dalam Tabung Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya pada sidang DUN hari ini.
0 Response to "MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM SUDAH MELAMPAU!!! ... GAJINYA DIPOTONG MENJADIKAN GAJINYA LEBIH KECIL DARI EXCO DAN SPEAKER NEGERI SELANGOR!!!"
Post a Comment